Total Pageviews

Friday, 11 April 2014

Animasi


Myspace Message Generators

Tajuk Pertandingan Blog 2014


KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA DI JALAN RAYA


      

  • Kata orang " Malang Tidak Berbau "
  • Kemalangan jalan raya boleh dikatakan berlaku setiap hari. Sikap kurang keprihatinan para pengguna jalan raya salah satunya terhadap papan tanda telah meningkatkan tragedi kemalangan di jalan raya. Hal ini telah membawa kerugian yang besar dari segi kehilangan nyawa dan harta benda.

Mengelakkan kemalangan yang merugikan diri sendiri dan orang lain.
  • Sikap pengguna jalan raya yang mematuhi papan tanda di jalan raya akan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
  • Salah satu faktor kemalangan jalan raya banyak dipengaruhi oleh sikap pemandu yang memandang remeh papan tanda di jalan raya mampu menjadi punca kemalangan dan seterusnya meragut nyawa pengguna jalan raya.
  • Mematuhi papan tanda jalan raya perlu diberi keutamaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diigini.
  • Pengguna jalan raya perlu mengubah sikap memandu masing-masing seterusnya mematuhi papan tanda di jalan raya bagi memastikan usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya tercapai.

Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain.

  • Sesetengah pengguna jalan raya tidak mematuhi papan tanda di jalan raya mempunyai potensi yang tinggi untuk mencetuskan kemalangan. Contohnya, pemandu yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Ini bukan sahaja membahayakan pengguna itu sendiri, malahan melibatkan keselamatan para pengguna jalan raya yang lain.
Had laju di sekolah adalah seperti foto di atas.

  • Sikap tidak bertimbang rasa sesetengah pemandu turut meningkatkan kadar kemalangan jalan raya. Apabila seseorang itu bergegas ke destinasi yang ditujuinya, dia akan menyelit keluar masuk sesuka hati. Sikap suka memotong boleh menyebabkan kenderaan lain terpaksa membrek secara mendadak untuk memberi laluan. Ini menyebabkan kemalangan apabila seseorang itu tidak sempat memberhentikan keretanya dengan serta merta.

Contoh papan tanda 'Dilarang Memotong' di jalan raya adalah seperti foto di atas.

  • Pengguna jalan raya yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu bukan sahaja tidak mematuhi papan tanda di jalan raya, malahan menunjukkan sikap yang tidak bertimbang rasa. Apabila pemandu itu berbual sambil memandu, tumpuan yang sepenuhnya tidak diberikan terhadap pemanduannya. Dalam keadaan yang demikian, pemandu itu cuai ketika sedang memandu. Ini akan menyebabkan kemalangan.
Contoh papan tanda 'Dilarang Menggunakan Telefon Bimbit' di jalan raya adalah seperti foto di atas.



  • Kesimpulannya, kemalangan jalan raya telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda. Oleh itu, orang ramai harus memberikan kerjasama yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini. Sikap tidak mematuhi papan tanda di jalan raya harus disingkirkan segera kerana " Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya ".
  • Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya itu sendiri. Seandainya pengguna jalan raya itu berhati-hati maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi, seandainya pengguna jalan raya itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi papan tanda di jalan raya kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu, saya berharap agar semua pengguna jalan raya menyedari pentingnya papan tanda di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain.
  • Sebelum saya mengakhiri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya di negara kita dapat dikurangkan.



Peserta-peserta Kursus Pertandingan Blog-Video

video

Peserta-peserta Pertandingan Kursus Blog 2014-Imej


JK Pertandingan Blog 2014

Selamat Datang Ke Blog Saya

Tarikh: 12.04.2014
Masa: 9.00 - 11.00 pagi
Aktiviti: Kursus Membina Blog Sempena Pertandingan Hari Pengguna Malaysia 2014